Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Saya agak tersentap apabila mendengar radio ikim pagi tadi, dimana ayat yang disebutkan ustazah tersebut lebih kurang bunyinya begini
Allah marah kalau kita nasihat orang, tapi kita sendiri lalai dalam perkara yang kita tegur itu
dan juga
Allah sangat marah juga bila kita berkata apa yang kita tidak buat, yakni berbohong.
Ini juga macam peribahasa melayu
Mengata orang paku serpih
mengata orang dia yang lebih
hei cakap orang, kau sendiri pun dua kali lima
Saya sangat takut Allah murka dengan saya jika saya menasihati orang namun saya sendiri pun tidak mampu lakukannya.
Namun tidaklah salah untuk kita berkongsi nasihat dan tegur menegur antara satu sama lain kerana perbuatan itu juga InsyaAllah akan kita hayati bahkan memperkuatkan lagi daya usaha kita agar kita istiqamah dalam menuruti sunnah dan meninggalkan larangannya
Justeru peringatan untuk anda semua dan juga diri saya sendiri ayuh kita muhasabah diri, renung dan cermin semula diri kita sebelum menasihati orang lain agar Allah tidak murka dengan perbuatan kita.
Di inspirasi dari
Radio ikim fm
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda #9
Jom follow blog saya lansung klik profil
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya