Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai suka duka kehidupan, rona - rona warna yang menjadi pelangi dalam seharian kita. Ada yang mengembirakan, ada yang melucukan, dan ada yang menjadi memori indah dalam ingatan kita.
Namun ada juga peristiwa yang membuatkan kita rasa duka, rasa sedih, rasa marah dan derita sehingga membuahkan perasaan negatif yang merosakkan jiwa. Satu perasaan yang suka di marakkan lagi oleh Syaitan durjana.
Apakah perasaan ini? Perasaan serba kekurangan, serba tak kena dan suka menyalahkan orang lain, merekalah yang menjadi penyebab hidup kita susah, kita merana. Oh mungkin tidaklah begitu ekstrem, namun sedarkah kita sifat ini menyebabkan kita berasa tidak puas hati dengan ketentuan Ilahi. Lalu kita pun berdoa agar diberikan perkara - perkara yang kita ingini.
Saya pun manusia biasa seperti anda semua, tak terlepas dari sifat negatif ini. Saya fikir saya telahpun berdoa dan berusaha demi mendapatkan apa yang saya inginkan, tapi kenapa perkara macam ni boleh berlaku.
" Adakah Allah sengaja tidak memakbulkan doa saya?"
" Adakah ini ujian?"
" Adakah saya tidak layak untuk mendapat apa yang saya hajati? "
"Kenapa orang lain lebih baik nasibnya berbanding saya?"
Namun kita ambil teladan dari kisah Nabi Nuh a.s.
Sebelum ketibaan Nabi Nuh a.s, terdapat beberapa generasi sebelumnya terdapat lima orang soleh dari datuk-datuk Nabi Nuh. Mereka adalah Wadd, Suwa, Yaghuts, Yauq dan Nasr yang menegakkan agama Allah S.W.T.
Namun setelah kewafatan mereka, ada dikalangan orang membuat patung berbentuk sama dengan orang-orang soleh ini. Setelah beberapa generasi, timbullah kisah dongeng dan kurafat yang mana patung-patung ini mempunyai kuasa lalu menyembahnya.
Turunnya Nabi Nuh a.s untuk membawa mereka yang sesat ini kembali kepada Tuhan yang sebenar, iaitu Allah S.W.T, sepertimana dalam firman-Nya dalam Surah Al-Mu'minun ayat 23
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (kerana) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?"
Pelbagai usaha dilakukan oleh Nabi Nuh untuk membawa kaumnya kembali namun mereka sangat keras kepala dan tidak mahu mendengar. Dalam Surah Nuh ayat 5 hingga 8 ada menjelaskan.
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya
Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya
dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta
berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan
melampau.
"Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
Setelah penat lelah berusaha selama 950 tahun, Nabi Nuh manadah kedua tapak tangan lalu berdoa
"Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah aku, kerana mereka mendustakan aku"
Allah memakbulkan doa itu lalu menyuruh Nabi Nuh untuk mempersiapkan sebuah Bahtera, kerana akan datangnya air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), lalu menenggelamkan mereka.
Ditengah-tengah kejadian itu, Nabi Nuh terlihat puteranya berada bersama orang-orang sesat yang tenggelam itu, lalu beliau berdoa :
“Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku, termasuk keluargaku (dan Engkau telah berjanji menyelamatkankan keluargaku), dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.
Namun Allah Maha mengetahui. Lalu Allah menjawab sepertimana dirakamkan dalam Al-Quran Surah Hud Ayat 46 :
“Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.
Saya memperingatkan pada anda dan diri saya sendiri agar kita tidak selalu merungut jika doa kita tidak ditunaikan kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Diinspirasi dari :
1) Radio IKIM FM - Motivasi Pagi oleh Ustaz Janol Azhar bin Mulkan
2) Laman Quran.al-shia.org
3) Laman Portal Pejabat Perdana Menteri - Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Malaysia
4) Laman MyMasjid.net.my
5) Kelab GreenBoc
selagi maseh dipinjmkan nyawa diatas muka bumi ini selagi itulah kite kene berdoa,..jgnlah smpai kite jemu untuk berdoa..=)
ReplyDeleteya betul tu. Allah maha pemurah lagi maha menyayangi. Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya
ReplyDelete