Thursday, 21 February 2013

Ada hikmah disebalik musibah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Pernahkah anda ditimpa sesuatu musibah yang tidak disangka-sangka boleh terjadi? contohnya :

1) tiada air ketika hujan mencurah-curah
2) gas habis ketika masak untuk sesuatu majlis
3) setibanya di plaza tol, baru sedar tertinggal dompet/kad touch n go
4) tayar pancit sewaktu nak pergi kerja.
dan macam-macam lagi.

Terus terang musibah diatas adalah antara yang pernah saya alami sendiri.

Bagi anda yang ditimpa musibah, mungkin rakan atau saudara terdekat anda akan cuba menasihati anda dengan perkataan "Sabar".

"Sabar ya, mungkin Allah nak ampunkan dosa kau"
"Bawa bersabar, sabar itu sebahagian dari iman"

Namun bagi saya selain daripada menguji kesabaran, sebenarnya Allah ingin memberitahu sesuatu. Sesuatu yang kita sering tidak ambil kisah.
Saya bagi contoh berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Suatu hari saya selepas habis waktu kerja, saya ingin ke masjid berdekatan untuk membaca Al-Quran.

Setelah sampai ke masjid, saya dapati tayar kereta saya pancit. Beberapa hari sebelum itu kereta saya mengalami sedikit kemek di bahagian bumbung atas sebab yang saya tak ketahui. Saya berasa sedikit terkilan. Sedikit terdetik dalam hati saya perasaan marah, kenapa setelah apa yang saya lakukan, saya di perlakukan sebegini oleh Allah.

Saya terus menggagahkan langkah untuk pergi ke masjid.

Setibanya di masjid, saya dapati ada beberapa orang sedang berada di mimbar. Ada tangga dan beberapa peralatan. Ada wayar merentasi saf saf di masjid. Setelah perhatikan orang di atas tangga itu menggunakan lampu suluh, baru saya perasan tentang ketiadaan elektrik. Keadaan agak gelap kerana waktu sudah pukul 6 lebih.

Saya boleh kata dalam hati saya ini mungkin musibah saya. Yalah, nak baca quran tapi tidak ada elektrik pula, gelap, macam mana nak baca.

Tapi saya cuba pandang dari sudut lain.

Sedangkan masjid yang dikerumuni dengan orang orang yang menghambakan diri kepada Allah, sentiasa didendangkan dengan bacaan zikir dan ayat Al-Quran pun boleh mengalami kerosakan kotak fius yang menyebabkan ketiadaan elektrik. Inikan saya yang ibadah tak seberapa.

Sebenarnya selain dari kesabaran, ada mesej lain yang ingin Allah sampaikan. Cuba lapangkan dada, imbas kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.
Allah tidak menurunkan sesuatu kepada kita dengan sia-sia. Allah maha mengetahui.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Semoga kisah ini memberi peringatan kepada diri saya dan anda semua agar selain dari sabar, ada mesej lain yang ingin Allah sampaikan kepada kita. InsyaAllah

4 comments:

  1. setiap satu musibah ada hikmah disebaliknyer...Allah nak menguji sejauh mana keteguhan iman kita..Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. ya betul tu Bunda. Selain tu juga InsyaAllah dosa juga diampunkan Allah jika kita sabar dlm ujian yg menimpa. :)

    ReplyDelete
  3. selagi kita beriman , selain sabar kita juga kena redha ...

    ReplyDelete
  4. setiap musibah yang menimpa itu adalah rencah kehidupan dan menyebabkan kehidupan kite akan mnjdi lebih berwarna dan berwarni..jika tiada kesushn mahupun kesdhn maka khidupn kite ada satu warna saja..kan nmpkk tk menarik...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...